Wednesday 23 February 2011

Nuang



Dahulu aku pernah menggali, membongkar, bercerita dan menulis mengenai kisah dan pengalaman manusia-manusia yang hebat dalam dunia seni beladiri..namun adatnya manusia...semakin di cungkil kehebatannya..semakin pula membuatkan manusia-manusia itu lupa seketika dan terlena dalam kata pujian berbanding batang pokok yang di belakang aku yang  fitrah kejadiannya membesar dan terus membesar dan akan terus membesar tanpa lena walau sesaat biar bagaimanapun kehebatannya di dekati, di kaji atau di puji manusia sehinggalah ke akhir zaman...

Senyumnya penawar di hati...Dia isteri yang sanggup bersusah senang sepanjang melalu liku kehidupan ini...ke bukit sama kami daki...ke lurah sama kami turuni...Betapa pun kepayahan menyelongkar perut belantara Nuang ini akhirnya yang kami temui deruan air yang mengalir tenang..sejuk...nyaman..dan mempesonakan...kesabaran menempuh cabaran membawa jalan yang kami susuri ini tidak memerlukan kehebatan ilmu berlengan...cukup dengan kesyukuran, meneroka kehebatan dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT... 
Ini puteriku...sama berkongsi minat ke hutan belantara menjelajah denai dan belukar bila ada masa kelapangan kami...anehnya, pakar lanskap menyemai benih dalam pasu..namun di belantara ini..bunga secantik di sisi puteriku mampu mekar indah di batang pokok sahaja tanpa perlu di siram atau di baja...masih lagi kah kita mahu berkira-kira..kita ini pereka lanskap yang hebat???atau kita memang manusia hebat???...atau orang memang hebat???...atau pun dia tu memang hebat??? mencari yang hebat...menggali yang hebat...mempercayai yang hebat....sehingga menjadi huru hara manusia kerana memilih dan taksub kepada yang hebat...biar lah aku derhaka kepada manusia yang sombong dan takabur kerana memiliki sedikit yang hebat daripada aku   
durhaka kepada Allah Azzawajalla yang memang sebenarnya Maha Hebat...
Anak-anakku yang sentiasa akan bersama-samaku selagi ada ruang dan masa...saling berkongsi minat...saling menimba pengalaman...saling bantu membantu...Dalam pengalamanku, ada ramai sahabat yang hanya dia seorang sahaja yang diterima dalam pergaulan sesama mereka, bergerak kesana kemari seorang diri..kasihan sungguh mereka..kerana pada sangkaannya mereka...mereka bebas merdeka di luar namun hakikat sebenarnya..mereka semakin menjauhkankan diri daripada kasih sayang hidup berkeluarga...mereka lebih rela merasai kelazatan makanan hidangan sedap bersama sahabat-sahabat di luar atau bersantai kesana kemari seorang diri atau bersama teman-teman yang sehebat dengannya berbanding menikmati maggie gunung bersama anak dan isteri...mereka mengaku bersahabat namun...ada di kalangan mereka tidak pernah tahu nama isteri dan anak-anak sahabat mereka sendiri...
Ni anak bujangku yang masih solo..ooppps..solo sementara je tau...dah terikat cincin belah rotan...dia tidak jual barang-barang ni tapi nak info ni lah asas barang-barang mendaki yang sangat murah dan mudah di dapati di pasaran...selain barang keperluan kita juga perlu rela berpeluh sedikit meredah belantara..namun yang pastinya upah berbaloi menanti kita...

Mana lah ada kolam mandi begini di rumah kan...sesekali ada peluang begini biarkan aje anak-anak bermandi mandi semaunya...pun kalau ke tempat-tempat mandi awam banyak protokolnya..bayaran pun agak mahal juga... tak mampu rasa kami yang berkeluarga besar ni nak membayarnya..makan pun tak boleh bawa daripada luar... kene beli kat restoran in house...berbeza kat sini...dapat riadah..menu makan pilih sendiri..free lagi...tapi kami sangat beruntung kerana semua yang disini masih belum di cemari ...

Upah penat meredah belantara...kalau jumpa air jangan elak...
Unggun api satu kemestian bagi menghidup suasana malam di samping menghalau nyamuk dan agas waktu senja...celah-celah tu sempat juga main bakar-bakar...cicah air asam...cukup dengan nasi panas je..perhh..lain rasanya kalau makan di restoran besar berbanding di kem site macam ni walaupun menunya sama...
terhampar denai menggamit pendaki yang sudi menginjak buminya...bukan nak kene tebas jalan pun...dah orang siapkan pun...kira bagi orang gunung ni macam "red carpet" la...
Melampai tegak lurus deretan batang buluh...berlaga di tiup angin..mendesing berlagu rindu..lebih merdu rasanya daripada faisal tahir atau siti norhaliza...cuba lah renung-renungkan...apa kah yang buluh telah sumbangkan untuk keperluan kita dalam kehidupan daripada sekecil rotan menyebat anak yang nakal sehingga anda habis menyebut gunanya namun...tetap buluh yang di hutan masih merimbun tegak berdiri ...kalau setakat menanam pohon buluh dalam pasu besar sudah di katakan sangat unik dan cantik..cuba lah sesekali kita melihat sendiri buluh tegak berdiri di tempat asal usulnya yang merimbun, bercambah dan bersemi...seni nya tak terjangkau...langsung tidak dapat di lukis sebenarnya ... seperti lukisan di atas sehelai kanvas yang mati...       
antara kekaguman yang akan kita temui di nuang...
cuba tanya anak-anak kita...ada kah mereka tahu nama specis ini?
nampaknya macam sama tapi tidak...ini lagi bisa...mesti spesis ni handal menggunakan kakinya kerana kakinya banyak berbanding kita hanya menendang guna dua kaki je...
bertahun dia melakar dirinya..tak terjemah rasanya kita.. 
di sebalik setiap rimbun kepayahan itu mesti ada ketenangan yang menanti..

tidak mengapa jika terpaksa bersusah payah sedikit demi menggapai apa yang kita impikan...


air akan terus mengalir sepertimana juga kehidupan bagi manusia... walau batuan menghalang laluannya, namun air akan tetap mengalir sesuai fitrahnya meresap kesegenap penjuru benua  ...
betapa pun kita gagah melangkah dan kasih kita pada keindahan alam berbunga dunia namun tetap lah jua kita ini ingin kembali kepada haruman kasih yang abadi...aku pernah menulis hebatnya manusia..tapi kini sedarlah aku...setiap yang hebat itu akan musnah jua akhirnya...hanya kasih kepada Nya yang hakiki dan abadi...

1 comment:

  1. very beautiful..Ya ALLAH...
    rasa seronok bila dapat mendaki semula...

    ReplyDelete